(Video) Rompakan Bank Ala ‘Money Heist’ Di Sao Paulo, Brazil

Trending

(Video) Rompakan Bank Ala ‘Money Heist’ Di Sao Paulo, Brazil

Sao Paulo merupakan sebuah bandaraya terbesar di wilayah Tenggara Brazil. Kota yang dikatakan ketujuh terbesar di dunia ini, mempunyai kes jenayah yang tinggi, terutamanya bilangan kes rompakan.

Baru-baru ini tular sebuah video pendek di Youtube yang menunjukkan satu operasi kejadian rompakan bank di bandar itu. Mengikut tarikh yang tertera di video tersebut, kejadian ini berlaku pada 2 Mei 2020 sekitar jam 1 pagi.

Advertisement

Ramai yang menyifatkan ‘modus operandi’ kejadian rompakan ini seperti drama bersiri jenayah yang cukup terkenal di Netflix, iaitu Money Heist.

Ini kerana mereka melakukan jenayah tersebut secara amat terancang dan besar-besaran. Dikatakan penjenayah telah mematikan rangkaian WiFi di seluruh bandar itu bagi menyekat sebarang komunikasi.

Mereka turut meletakkan bahan letupan di sekeliling pangkalan polis bagi menyekat pergerakan polis di sana. Kebanyakkan jalan-jalan utama di hadang dengan trak-trak besar dan beberapa anggota polis yang menuju ke tempat kejadian turut dihalang pergerakan mereka.

Mereka telah meletakkan beberapa penembak tepat di beberapa bangunan tinggi di seluruh bandar bagi mengelirukan serta menakut-nakutkan pihak polis.

Penjenayah menggunakan drone bagi mengesan lokasi dan pergerakan pihak polis. Mereka menahan kenderaan awam dan menjadikan mereka sebagai tebusan. Namun, tiada sebarang kematian dilaporkan.


Dikatakan lebih kurang 40 orang penjenayah yang terlibat dalam kejadian rompakan di 3 buah bank sekitar bandar Sao Paulo ini. Nilai hasil rompakan masih belum diketahui setakat ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...