March 3rd, 2015

Apakah yang lebih romantik daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu mencairkan bakal isteri anda? Tak lain tak bukan ialah meluahkan kata-kata tersebut dengan berlatarbelakangan Eiffel Tower, yang terkenal sebagai simbol cinta buat pasangan sedang memadu kasih. Kalau Abang Nara jadi Hanez Suraya, memang cair tahap plastik yang dilebur di dalam asid apabila mendengar impian, cita-cita dan harapan bakal suaminya, Romie Razin Adilha.
hanez dan romie Untuk makluman, Hanez, Romie dan 6 lagi teman baik mereka telah terbang ke Paris dan London untuk membeli barang hantaran. Mengambil kesempatan berada di kota cinta tersebut, Romie telah merakamkan satu video yang mengandungi harapan dan impiannya terhadap perkahwinannya dengan Hanez.

Untuk anda yang malas menonton video ini, Abang Nara kongsikan kata-kata romantis Romie untuk tatapan anda:-

Saya berharap Hanez akan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak saya. Semoga saya dapat menjadi suami yang terbaik untuk dia dan ayah yang baik kepada anak kami. Semoga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke jannah.

Insya-Allah saya akan jaga amanah serta tanggung jawab baru ini sebaik mungkin. Sebagai bakal suami saya berharap akan dikurniakan zuriat seterusnya yang akan terus memperlengkapkan lagi rumah tangga lebih bahagia.

Semoga perjalanan hidup kami lepas kahwin nanti akan diberkati Allah dan direstui keluarga. Buat peminat Hanez dan rakan media yang tak putus menyokongnya, terima kasih saya rakamkan buat anda semua.

hanez dan romie

Nampaknya Romie telah meletakkan tanda aras yang agak tinggi buat para jejaka di luar sana yang mahu meluahkan kata-kata romantis terhadap bakal isteri. Abang Nara pasti hati Hanez Suraya berbunga-bunga mendengar kata-kata bakal suaminya itu. Semoga perkahwinan mereka akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...