(VIDEO) Rombongan Pengantin Salah Rumah, Siap Masuk Bagi Hantaran Lagi!

Kehidupan

(VIDEO) Rombongan Pengantin Salah Rumah, Siap Masuk Bagi Hantaran Lagi!

Tular di media sosial mengenai seorang pengantin lelaki bersama rombongan yang nyaris berkahwin dengan wanita lain selepas tersilap menggunakan ciri share location di Google Maps. Adoi!

Menurut laporan Tribunnews, pengantin wanita dikenali sebagai Ulfa, 27, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan terbabit kerana sibuk disolek.

Lebih pelik, keluarga pengantin perempuan tidak begitu mengenali ahli keluarga pengantin lelaki. Mungkin kerana itu pihak pengantin lelaki boleh ‘lepas’ sampai ke dalam rumah, haha!

Advertisement

“Tetapi keluarga mengalu-alukan kehadiran mereka dan acara pertukaran hantaran juga diadakan”

Pun begitu, keadaan menjadi sedikit panik apabila seorang daripada rombongan itu secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dan memohon maaf.

Menurut Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana berhenti mencari tandas.

“Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan.

Saudara bertanya kepada mereka, siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.

Gara-gara tersilap rumah, saudara disana membantu dan menghantarkan rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak tidak jauh dari kampung ini. Fuh selamat..

Menyingkap kejadian itu, sebenarnya ia terjadi secara kebetulan kerana pada hari kejadian iaitu Ahad, terdapat dua majlis iaitu satu pertunangan dan satu lagi pernikahan hingga menimbulkan kekeliruan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...