January 21st, 2013

Tahukah anda filem Rock adalah salah satu filem kegemaran Abang Nara? Lawak-lawak di dalam filem tersebut memang first class. Dipenuhi pula dengan lagu-lagu rock kapak, Abang Nara feeling habis ketika menonton filem tersebut. Jadi apabila sambungan untuk filem ini dihasilkan, Abang Nara memang teruja bangat!!!

rimba bara

Masih menampilkan Que Haidar selaku pelakon utama, Rock Oo menceritakan tentang pancaroba yang perlu diharungi oleh kumpulan Rimba Bara. Kali ini pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi seperti kehilangan pemain gitar dan vokalis yang berpaling tadah. Yang pastinya, Abang Nara tengok video trailer pun dah tergelak sakan dibuatnya.

Rock Oo akan mula ditayangkan pada 28 Februari kelak. Jadi kalau anda peminat filem Rock, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton kesinambungan kisah Rimba Bara. Majulah rock untuk negara!!!

P.S: Restoran air terjun di Filipina


Comments are closed.

Loading...