(VIDEO) Rizman Ruzaini ‘Mendunia’ Di Dubai Fashion Week, Model Terkenal Naomi Campbell ‘Catwalk’ Koleksi Terbaru RR

Hiburan

(VIDEO) Rizman Ruzaini ‘Mendunia’ Di Dubai Fashion Week, Model Terkenal Naomi Campbell ‘Catwalk’ Koleksi Terbaru RR

Kemunculan ‘muse’ bidang peragaan antarabangsa iaitu Naomi Campbell dalam pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week ternyata telah membanggakan peminat fesyen di negara ini.

Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan, Rizman Ruzaini telah menampilkan Naomi yang juga supermodel terhebat dunia di acara berprestij tersebut.

Advertisement

Pasangan pereka fesyen negara ini juga dilihat membawa beberapa orang selebriti tanah air untuk memperagakan baju rekaan terbaru mereka bertemakan ‘Spring Summer 2024 untuk edisi kali ini.

Menerusi satu video TikTok, ramai rakan artis, selebriti dan juga rakyat Malaysia berpusu-pusu meninggalkan komen berbaur bangga dan ucapan tahniah buat Rizman Ruzaini di atas pencapaian terbaru mereka itu.

Kata netizen, Rizman Ruzaini bukan sahaja berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia, namun telah ke satu peringkat yang membanggakan di mana mampu bekerjasama dengan Naomi.

@rizmanruzainiofficial

NAOMI CAMPBELL IN RIZMAN RUZAINI SPRING/SUMMER 2024 AT DUBAI FASHION WEEK 2023 #RizmanRuzaini #RizmanRuzainiSpringSummer2024 #dubaifashionweek2023

? GASLIGHT – INJI

Sekadar info, Naomi Campbell,53, tahun merupakan seorang peragawati, penyanyi, pelakon dan usahawan minyak wangi antarabangsa.

Antara pentas peragaan yang disertai Naomi Campbell sepanjang kariernya adalah seperti Victoria’s Secret Fashion Show, menjadi mentor supermodel untuk rancangan The Face US, The Face UK, dan The Face Australia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
7 months ago

Sering Diganggu Akaun 'Fake' Nama Mastura, Nasib Baik Peminat Puteri Sarah Siasat Sampai Jumpa Alamat IP...

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...