(VIDEO) Rita Rudaini Lebih Selesa Berkawan Dengan Anak-Anak, Akui Masih Jadi Mangsa Sihir -“Dah Jadi Musuh Paling Dahsyat”

Hiburan

(VIDEO) Rita Rudaini Lebih Selesa Berkawan Dengan Anak-Anak, Akui Masih Jadi Mangsa Sihir -“Dah Jadi Musuh Paling Dahsyat”

Pelakon Rita Rudaini mengakui dia kini lebih selesa berkawan dengan anak-anak kerana enggan kisah lama berulang kembali.

Ujar aktres ini, dia lebih memilih untuk bersendirian dan meluangkan masa dengan dua orang anak terunanya.

Advertisement

Kata Rita, dia bertindak mengecilkan ‘circle’ kawan namun tidak menolak untuk berkawan dengan individu yang boleh menerima teguran dan tidak cepat sentap.

Sejujurnya saya sekarang dah kecilkan circle. Biarlah saya berkawan dengan anak-anak. Kalau orang nak kata saya tak berkawan dengan orang, tak apa itu adalah saya.

Saya dah pernah berkawan, bila berkawan ni kena macam ni macam tu. Benda tu menyakitkan tau. Jadi lebih baik saya sendiri, jaga anak-anak. Buat apa-apa untuk kerja saya.

@melodiberapi

Pelakon Rita Rudaini menjawab isu mengenai beliau sudah tiada kawan baik! Nah dengarkan jawapan padu beliau. #meloditv3 #ritarudaini #panas #sensasi #ceritaartismalaysia

? original sound – Melodi – Melodi

Saya ok untuk berkawan cuma serik untuk ada kawan baik tu, sudah-sudahlah, saya tak beranilah. Pengalaman lalu tu pahit. Bila kawan tu baik dengan kita tapi boleh tukar jadi musuh paling dahsyat. Banyak saya dah belajar daripada selama ni saya berkawan.

Tambahnya lagi, untuk berkawan balik bersama ‘rakan baik’ setelah apa yang berlaku adalah sesuatu yang mustahil.

Untuk berkawan balik tu tak, cukuplah. Saya doakan dia baik-baik saja. Saya hormat kehidupan dia.

Memang benda (sihir) tu masih ada, saya tak nak fikir. Hari-hari saya amalkan zikir. Orang nak buat saya, lantaklah saya tak boleh tahan orang nak dengki dengan saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fahrin ahmad
6 months ago

"Daddy Tak Salah, Cuma.." - Komen Fahrin Ahmad Isu Fizi Ali Dan Anak Curi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...