Tular kembali di media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sekaligus membuatkan peminat mengimbau kembali kelunakan suara arwah yang merdu itu di saat dia masih hidup.
Dalam video tersebut, Allahyarhamah difahamkan bersiaran bersama Prof Muhaya dalam sebuah wawacanra program nasihat agama.
Sharifah Aini dalam kenangan
Pelantun lagu Mawar Putih Untuk Mama itu memberi nasihat tentang kehidupan akhirat dan kepentingan solat sebagai persediaan untuk menghadapi perjalanan ke alam akhirat.
Setiap hari,hati ini Allah sahaja yang tahu. Kalau 20 tahun dulu, waktu sembahyang saya boleh cakap ‘nantilah 5 minit’. Perubahan yang paling nyata, saya tidak malu untuk merendahkan diri saya.
Setiap hari,hati ini Allah sahaja yang tahu. Kalau 20 tahun dulu, waktu sembahyang saya boleh cakap ‘nantilah 5 minit’. Perubahan yang paling nyata, saya tidak malu untuk merendahkan diri saya.
Pesanan beri inspirasi
Video tersebut dilhat telah memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya peminat Sharifah Aini.
@daxvilo Pesanan Biduanita Negara – Allahyarhamah Datuk Hajjah Sharifah Aini #sharifahaini #kakpah
Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa rindu untuk mendengar suara ‘live’ Allahyarhamah yang merdu itu.
Sekadar info, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Punca kematian adalah kerana komplikasi fibrosis paru-paru.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.