Setiap orang ada kesusahan mereka yang tersendiri dan jalan hidup masing-masing. Sejak dua menjak ini, banyak kes bunuh diri yang berlaku tak kira lah di dalam atau luar negara. Macam yang berlaku ni, nyawa seorang mangsa bunuh diri berjaya diselamatkan oleh seorang rider FoodPanda.
Seorang rider FoodPanda bertindak terjun ke dalam Sungai Klang untuk selamatkan seorang wanita yang dilihat sedang lemas. Wanita itu dipercayai cuba untuk membunuh diri namun gagal selepas diselamatkan rider itu.

Kredit: Facebook
Rider FoodPanda yang kebetulan berada di tempat kejadian turun membantu apabila tiada individu lain yang menyelamatkan wanita itu. Video yang dikongsikan di Facebook itu kini mendapat perhatian dari netizen dan rata-rata ramai yang memuji tindakannya itu.
“Untung FoodPanda ada staff berani macam ni. Semoga rezeki brother ni dipermudahkan.”

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook