(VIDEO) Rider Basah Kuyup Hantar Makanan, Pelanggan Pula Tidak Muncul-Muncul

Trending

(VIDEO) Rider Basah Kuyup Hantar Makanan, Pelanggan Pula Tidak Muncul-Muncul

Tugas penghantar makanan ini mungkin dianggap mudah oleh sesetengah pihak. Namun hakikatnya, pengorbanan mereka memenuhi kehendak pelanggan serta kegigihan mengharungi hujan panas ini haruslah diberi perhatian.

Menerusi perkongsian @laparperutku dilaman sosial Tiktok,  saat seorang rider grab yang sedang menunggu pelanggan di depan rumah ketika hujan lebat mengundang sebak mata yang melihat.

Bukan apa, sudahlah hujan lebat, pelanggan pula tidak muncul-muncul lantas membiarkan rider tersebut kesejukan menunggu di luar.

Advertisement

Rider tunggu pelanggan

Tindakan ini serba sedikit meruntun hati kebanyakan netizen yang bersimpati dan menghargai keringat kerjaya frontliners tersebut yang gigih mencari rezeki halal.

Ada juga netizen yang meluahkan rasa kesal dek pelanggan yang dikatakan tidak peka dengan makanan yang dipesan.

“Kalau dah order tu standby la siap-siap!”

“Saya kalau hujan tak nak pesan, tunggu berhenti baru order, kesian akak dan abang food delivery ni…”

“Sedih bila tengok macamni, tolong lah prihatin sikit siapa yang dah buat pesanan”

Dalam tidak sedar, perkongsian yang dimuat naik ini telah pun tular dan mendapat perhatian ramai. Kebanyakannya juga turut mendoakan rider tersebut agar diluaskan pintu rezeki buatnya. Alhamdulillah.

Rider Grabfood

Rider Food Grab

Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat kita semua ya..ingatlah, jika kita memudahkan urusan orang lain, urusan kita juga bakal dipermudahkan. Jadilah pelanggan yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...