Kejadian yang bermula kira-kira pukul 2 petang itu  menyebabkan banyak pokok tumbang dan serta kesesakan luar biasa di beberapa jalan utama sekitar daerah ini.

Sumber: @theshi

Hujan yang turun lebih satu jam turut menyebabkan beberapa bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin ribut. Angin kencang turut melanda kawasan berhampiran Bulatan 100 menghala ke Shah Alam.

Di Taman Berkeley, sekurang-kurangnya tiga buah kenderaan remuk dihempap pokok tumbang.

Seorang mangsa, Seah Ah Hooi, 67, berkata kereta Perodua Myvi miliknya yang baru sahaja dibaiki dan diganti tayar, remuk teruk dalam insiden itu.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam kenyataan berkata MPK telah mengarahkan semua jabatan terlibat mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan.

Bukan itu sahaja, hujan lebat petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya dinaiki air.

 

Beberap buah kereta dilapor terkandas dan ditenggelami air berhampiran Mentari Court di sini. Kawasan tempat letak kereta di Sunway Pyramid turut banjir.

Sumber:Utusan Online, Bernama