Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, negara jiran iaitu Indonesia sedang berada dalam fasa ‘gelap’ apabila rakyat turun membuat demonstrasi susulan membantah beberapa dasar kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Dapat dilihat sejak protes ini berlaku, terdapat beberapa selebriti turut meluahkan rasa tidak puas hati serta berduka apabila mengetahui salah seorang pemandu ojek dilanggar hingga maut oleh trak barracude pihak polis.
Di platform TikTok, video yang memaparkan aktor, Jefri Nichol menyertai sebuah demonstrasi telah pun menarik perhatian ramai.
Rata-rata netizen pada mulanya meluahkan rasa kagum melihat keberanian Jefri untuk ‘turun padang’, lagi-lagi dia merupakan seorang selebriti.
Bagaimanapun, difahamkan, video yang memaparkan Jefri sertai sebuah protes serta memberi kata-kata semangat buat yang hadir itu adalah video pada tahun 2023.