(Video) Ribuan Penduduk Afrika Kelaparan, Beratur Sejauh 4km Demi Bantuan Makanan

COVID-19

(Video) Ribuan Penduduk Afrika Kelaparan, Beratur Sejauh 4km Demi Bantuan Makanan

Pelaksanaan perintah berkurung di sesebuah negara telah membantutkan segala aktiviti harian sekaligus menjejaskan pendapatan rakyat.

Pelbagai bantuan sudah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kelaparan. Namun, sedar atau tidak, bukan semua penduduk layak untuk mendapatkannya berikutan masalah status kerakyatan dan sebagainya.

Advertisement

Sama dengan kejadian yang berlaku di Afrika Selatan, ribuan penduduk asing di negara tersebut ternyata sangat lapar sehingga sanggup beratur berjam-jam sejauh 4 km untuk mendapatkan bantuan makanan. Situasi yang telah dirakam dari udara awal minggu ini sangat menyentuh hati ramai.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu pada skala ini. Sangat menyedihkan.”

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan Mooiplaas dan Spruit di mana keperluan makanan di situ sangat tinggi. Untuk pengetahuan, lebih 80 peratus komuniti di sana adalah warga asing yang berasal dari Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Kamerun dan Mali.

Mereka ini tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kerajaan sepanjang 5 minggu pelaksanaan perintah berkurung di negara itu. Lebih 8,000 bungkusan makanan telah diatur oleh Komuniti Muslim Tshwane, komuniti perniagaan Sutherland Ridge, Ikon Park dan Westhills untuk 12,000 keluarga yang terjejas.

“Kami sangat gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka.”

Gambar hiasan

Bagaimanapun, rakaman video ini telah menimbulkan kebimbangan orang ramai, bahawa masalah ini akan terus berlaku jika perintah berkurung masih dilaksanakan.

Ini semua memandangkan bantuan yang diberikan itu hanya bersifat sementara sahaja. Afrika Selatan dijangka akan membuka kembali sektor pertaniannya dan membiarkan beberapa sektor pembuatan dan peruncitan beroperasi semula pada bulan ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...