Pelaksanaan perintah berkurung di sesebuah negara telah membantutkan segala aktiviti harian sekaligus menjejaskan pendapatan rakyat.
Pelbagai bantuan sudah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kelaparan. Namun, sedar atau tidak, bukan semua penduduk layak untuk mendapatkannya berikutan masalah status kerakyatan dan sebagainya.
Sama dengan kejadian yang berlaku di Afrika Selatan, ribuan penduduk asing di negara tersebut ternyata sangat lapar sehingga sanggup beratur berjam-jam sejauh 4 km untuk mendapatkan bantuan makanan. Situasi yang telah dirakam dari udara awal minggu ini sangat menyentuh hati ramai.
“Saya tidak pernah melihat sesuatu pada skala ini. Sangat menyedihkan.”
Mereka ini tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kerajaan sepanjang 5 minggu pelaksanaan perintah berkurung di negara itu. Lebih 8,000 bungkusan makanan telah diatur oleh Komuniti Muslim Tshwane, komuniti perniagaan Sutherland Ridge, Ikon Park dan Westhills untuk 12,000 keluarga yang terjejas.
“Kami sangat gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka.”
Bagaimanapun, rakaman video ini telah menimbulkan kebimbangan orang ramai, bahawa masalah ini akan terus berlaku jika perintah berkurung masih dilaksanakan.
Ini semua memandangkan bantuan yang diberikan itu hanya bersifat sementara sahaja. Afrika Selatan dijangka akan membuka kembali sektor pertaniannya dan membiarkan beberapa sektor pembuatan dan peruncitan beroperasi semula pada bulan ini.