(VIDEO) Respon Si Isteri Terima Kejutan Laptop Secondhand Buat Suami Tambah Sebak

Trending

(VIDEO) Respon Si Isteri Terima Kejutan Laptop Secondhand Buat Suami Tambah Sebak

Setiap suami pasti mahukan yang terbaik buat isteri. Meskipun tidak mewah, usaha dan pengorbanan suami pastinya akan dihargai. Betul tak?

Menerusi perkongsian dilaman Tiktok , Shahrul Amri yang juga merupakan food rider ada memuatnaik video kejutan laptop seconhand untuk isterinya itu.

Advertisement

Yang buat lagi sebak tu, si isteri terus menangis sambil lap air mata. Kelihatan dia langsung tak kisah dihadiahkan laptop second hand sebaliknya sangat menghargai pemberian itu. Alhamdulillah.

Kalau korang tengok kat video, boleh nampak kegigihan si suami nak melengkapkan keperluan isteri dia. Walaupun belum mewah, tetapi tanggungjawab si suami ni harus dipuji tau!

“Saya nak hadiahkan laptop supaya senang sikit dia nak buat kerja”

“Nak beli baru tak mampu jadi saya beli yang secondhand, janji boleh pakai”

Rata-rata netizen yang melihat pun turut sebak sampai ada yang menangis sama, ha memang terasa sangat nilai airmata kesyukuran tu.

Sumber : Tiktok

Sumber : Tiktok

Semoga pasangan ini terus bahagia dan dilimpahkan rezeki. Katanya si isteri sedang hamil! Wah rezeki juga tu, semoga dipermudahkan ya..Aamiin

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...