Aktiviti di rumah bersama keluarga pastinya lebih terisi dengan menu-menu yang menggamit selera anak-anak.
Sambil para ibu atau bapa memikirkan menu masakan harian, kali ini jom kita buat resipi yang berasaskan seafood kegemaran ramai. Apa tu?
Kali ini, seafood terpilih adalah udang! Udang ni sekali makan mesti tak puas kan, kebiasaanya kita akan terus order je dari kedai tomyam kan. Kali ini, jom kita buat sendiri.
Kalau korang ada 3 bahan ni, penulis berani jamin resepi ini pasti akan menjadi.
Resipi Udang Celup Tepung Rangup Ala-Ala Thai
- Udang – 10 ekor atau lebih (pilihan)
- Telur 1 biji / perasa (pilihan)
- Tepung
- Air
Cara-cara
1.Siang udang dan kupas kan kulitnya. Kemudian keringkan di atas kain atau tisu.
2.Panaskan minyak terus ya. Bancuhan ni bila dah siap boleh segera goreng. Ini bahan bancuhan.
- Tepung Blue Key 3 sudu
- Telur 1 biji
- Air (ikut kepekatan korang)
- Gaul sebati
3.Dah siap, terus goreng ke dalam kuali. Korang akan lihat kejadiannya yang rangup dan kembung, memang layan!
4.Dah siap!
Ini lah tepung rahsia tu, dijamin lembut dan rangup! hasil dia berbeza dari tepung gandum biasa tu tau.
Selamat mencuba!