Tular satu rakaman video yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun memandu kereta Perodua Viva dipercayai milik bapanya di sebuah kawasan taman perumahan.
Menerusi rakaman itu, dia dilihat tidak berseorangan tetapi juga turut membawa dua orang adiknya yang masih kecil dan kedua-duanya duduk di kerusi penumpang hadapan tanpa memakai tali pinggang keledar.
Remaja itu dipercayai membawa adik-adiknya untuk bersiar sebelum ditahan oleh penduduk selepas dilihat memandu dengan melulu dan laju.
“Jumpa ayah saya la”
Apabila disoal, remaja itu tahu bahawa umurnya masih belum dibenarkan untuk memandu kenderaan namun kemudian meminta wanita berkenaan untuk berjumpa dengan bapanya.
Difahamkan, ini bukan kali pertama remaja perempuan tersebut dilihat memandu kereta di kawasan perumahan terbabit dan wanita itu juga berkata dia akan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.
Sini taman (perumahan) banyak budak budak. I sudah banyak kali jumpa you (memandu) tau. You pandu sangat cepat (laju). Tak boleh macam tu.
Case semalam. Budak pompuan 13 thn, pandu kereta laju dlm taman. Pddk nampak adik umur 3 tahun duduk depan bonet keta, kakak bawak keliling taman…. 😱😨😰 pic.twitter.com/7W3apzppuJ
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 29, 2024
Kejadian itu berlaku di Taman Putra Impiana, Puchong dan polis telah pun merakam percakapan bapa kepada kanak-kanak terbabit.
Siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di bawah.