Beberapa siri video yang dimuat naik di Twitter tular, menunjukkan sekumpulan remaja dipercayai dari Indonesia yang membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada rakan mereka kerana bersimpati dengannya yang tidak mempunyai telefon dan hanya mampu memerhati sahaja.
Video tersebut yang dikongsikan oleh @melevvati telah mendapat lebih 700,000 tontonan.
Dalam video tersebut, dapat dilihat salah seorang daripada individu di situ hanya mampu melihat telatah rakan-rakan yang lain sedang sibuk bermain dengan telefon pintar masing-masing.
Jadi pengen jdi tmenny pic.twitter.com/2LOuRGJ8bl
— holiqq (@melevvati) June 1, 2020
Terasa sedih dan bersimpati, mereka membuat keputusan untuk mengumpul wang sesama mereka sendiri untuk membeli sebuah telefon pintar bagi dihadiahkan kepada rakan mereka yang dirasai seperti terasing itu.
— holiqq (@melevvati) June 1, 2020
Pastinya dia tidak menjangka bahawa rakan-rakannya telah merancang untuk memberi kejutan kepadanya. Dapat dilihat, apabila telefon pintar itu diletakan di hadapannya, dia seakan tidak mempercayainya.
— holiqq (@melevvati) June 1, 2020
Namun, setelah diyakinkan dia dilihat sebak dan mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya yang lain.
Pastinya persahabatan seperti ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Usaha rakan-rakannya untuk menggembirakan hati rakan yang lain amat dikagumi.
Semoga persahabatan mereka berkekalan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.