Video Remaja Rebah Dan Meninggal Dunia Secara Tiba-Tiba Dipercayai Akibat Coronavirus Disahkan Palsu

Trending

Video Remaja Rebah Dan Meninggal Dunia Secara Tiba-Tiba Dipercayai Akibat Coronavirus Disahkan Palsu

Video seorang remaja yang rebah dan meninggal dunia secara tiba-tiba ini tular di aplikasi permesejan, WhatsApp baru-baru ini. Di dalam mesej tersebut, ramai yang mendakwa kejadian itu merupakan salah satu kes berpunca dari wabak coronavirus.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Advertisement

Seorang individu tampil dan menafikan rakaman yang tular itu adalah disebabkan wabak coronavirus. Dia memberitahu mangsa yang merupakan anak saudaranya itu disahkan meninggal dunia secara mengejut dan bukannya disebabkan wabak tersebut.

Masyallah anak sedara saya ni tiba-tiba rebah ketika sedang membeli barang di tempat kerja beliau. BUKAN KERANA VIRUS CORONAVIRUS. Hati-hati menyebarkan apa yang anda tida pasti. Post mortem arwah mengatakan beliau mati mengejut.

Video viral di WhatsApp

Sebelum ini, rakaman video tersebut viral di WhatsApp selepas ramai yang mengaitkan kejadian tersebut dengan wabak coronavirus yang sedang hangat diperkatakan. Disebabkan video yang telah menjadi viral itu, satu laporan polis telah dibuat untuk menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak berkongsi sumber yang tidak sahih mengenai penyebaran wabak ini bagi mengelakkan suasana panik dalam masyarakat. Pihak polis juga giat menjalankan siasatan selepas beberapa berita palsu yang dikaitkan dengan wabak ini tersebar di media sosial.

Artikel berkaitan: Video Tersebar Di Weibo: Doktor Hilang Sabar Kerana Terlalu Letih Rawat Pesakit Terjangkit Virus Wuhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...