(Video) Remaja Bersumpah Pijak Al-Quran! Sebab Nak Buktikan Diri Sudah Berzina

Trending

 (Video) Remaja Bersumpah Pijak Al-Quran! Sebab Nak Buktikan Diri Sudah Berzina

Menghormati ayat al-Quran dan hadis merupakan sebahagian daripada lambang keimanan seseorang.

Walaupun cebisan ayat-ayat itu terdapat pada akhbar atau surat yang sudah lusuh, ia perlu dihormati.

Islam amat menitikberatkan akhlak dan tingkah laku yang sopan serta baik. Tindakan yang tidak menghormati al-Quran adalah satu perangai yang biadab.

Semalam, telah tular satu video di media sosial memaparkan seorang remaja perempuan yang bertindak biadab memijak senaskah al-Quran gara-gara mahu membuktikan dia sudah berzina dengan seorang lelaki.

Video yang berdurasi 3 minit 13 saat di Facebook itu telah memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan oleh 2 orang rakannya.

Advertisement

Rakaman itu telah dikongsikan oleh warga media dan jelas kesal akan tindakan remaja tersebut.


Melalui rakaman tersebut, percakapan remaja-remaja tersebut kedengaran mempunyai kata-kata kesat dan juga berbaur lucah dalam dialek Kelantan.

Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.

 

Apa pendapat anda semua mengenai isu ini? Adakah remaja zaman sekarang kurang didikan agama ataupun ibu bapa?

 

Sumber: Facebook

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...