(Video) : Rekod Kehadiran Pelajar Ke Sekolah, Sistem “Punch Card” Diperkenalkan

Trending

(Video) : Rekod Kehadiran Pelajar Ke Sekolah, Sistem “Punch Card” Diperkenalkan

Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin ‘punch card’ untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah hari ini, lapor Harian Metro.

Advertisement

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin berkata, lebih 900 murid menggunakan mesin ini untuk merekodkan kedatangan mereka pada sesi persekolahan sebagai usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin murid.

“Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

“Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA),” katanya.

Sekiranya murid datang lewat tiga kali berturut-turut, murid akan dikenakan tindakan disiplin.

“Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.

“Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin,” kaatnya lagi.

Untuk memudahkan pelajar, enam buah mesin ‘Punch Card’ telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...