(VIDEO) “Realitinya Memang Ada..” – Drama Adaptasi Wattpad ‘Kau Vs Aku’ Papar Adegan Melampau, Netizen Luah Rasa Bimbang

Kehidupan

(VIDEO) “Realitinya Memang Ada..” – Drama Adaptasi Wattpad ‘Kau Vs Aku’ Papar Adegan Melampau, Netizen Luah Rasa Bimbang

Tular di media sosial TikTok apabila satu video sedutan pendek sebuah drama berjudul Kau VS Aku didakwa mengandungi adegan melampau dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada remaja belasan umur.

Tulis individu yang memuat naik klip video pendek drama tersebut, dia tidak menyangka drama seperti itu disajikan untuk remaja dan boleh merosakkan pandangan serta mentaliti golongan ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, drama tersebut seperti terikut-ikut dengan budaya barat dan tidak sepatutnya ditayangkan di televisyen.

Cerita camni untuk budak-budak sekolah? Macam rosak je pandangan dan mentaliti untuk remaja zaman sekarang. Ingat style-style cerita orang putih ke camni? Bodoh.

Dalam video tersebut, terpapar adegan remaja lelaki dan wanita yang dilihat duduk bersama selain mesra di dalam sebuah bilik selain berpelukan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan pelbagai reaksi dan komen berhubung isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sooka (@sookamalaysia)

Kata netizen, perkara-perkara yang ditonjolkan itu sememangnya wujud di dunia realiti terutamanya golongan remaja yang mempunyai kehidupan mewah ataupun dengan kata lain ‘T20’.

Sebenarnya ada je budak sekolah macam ni tapi selalunya T20 lah.

Realitinya memang wujud adegan macam ni di dunia nyata.

Difahamkan, drama tersebut merupakan adaptasi penulis aplikasi Wattpad dan diterjemahkan kepada layar TV. Ia dibintangi pelakon seperti Atikah Suhaime, Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Imran Aqil dan ramai lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul Aming sambal
2 years ago

"Macam Tu La Kitorang Rasa" - Beratur Mengundi Disamakan Dengan Beli Sambal Online, KhairulAming 'Terciduk' Gurauan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...