(Video) Reaksi Pasangan Kembar Terlopong Ketika ‘Dimarah’ Bapa Buat Netizen Terhibur

Trending

(Video) Reaksi Pasangan Kembar Terlopong Ketika ‘Dimarah’ Bapa Buat Netizen Terhibur

Memandangkan tempoh PKP masih dilanjutkan, banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan di rumah. Tambahan, ibu-bapa juga pastinya dapat meluangkan masa yang lebih bersama anak-anak kan.

Tular di laman sosial baru baru ini mengenai pasangan kembar yang disakat ayahnya hingga terlopong kejung. Haha! Nak dijadikan cerita, ayahnya yang dikenali sebagai Mikhail Haqq ini memasuki bilik anaknya kerana menyedari puterinya itu belum tidur.

Advertisement

Seperti dapat dilihat didalam video, anak kecil itu disergah oleh ayahnya hingga mereka ternganga dan tiada kata.

Lebih menghiburkan, bapa kanak-kanak ini cukup peka dengan reaksi anak kembar itu sehingga tingkahlaku anaknya yang memandang ke tepi pun turut disakat.

“Jangan pandang dia!pandang sini..mata tu…”

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat anak kembar itu dan ada yang meninggalkan komen bahawa baby itu antara yang paling kelakar yang pernah dilihatnya. Tidak kurang juga yang berharap agar dikurniakan kembar seperti itu. Macam-macam.

Sumber : Twitter

Menurut sumber, momen indah tersebut telah dirakam dan dikongsi di laman Instagram milik bapanya @Mikhailhaqq.

Sebagai selingan, perkongsian di Twitter oleh seorang individu telah mendapat 18,000 Retweet dan 19,000 butang suka.

Wahh ramai peminat kanak-kanak ya..Jom kita tengok gelagat mereka.

https://twitter.com/i/status/1359165533917241348

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...