Pempengaruh media sosial, Ratu Farah Diva sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tular di laman TikTok berkaitan sebuah video memaparkan dirnya di sebuah kafe.
Menerusi video tersebut, Ratu dilihat sedang melakukan ‘live’ di aplikasi tersebut bagi mempromosikan kafe berkenaan.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila dia menggunakan nada suara yang tinggi ketika melakukan sesi siaran langsung tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Ratu yang dikatakan terjerit-jerit sehingga menggangu pelanggan.
Malah, netizen turut berpendapat bahawa sikap influencer itu telah menyebabkan rasa tidak selesa kepada pelanggan yang datang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.