Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Rashidi Ishak Alami Kemurungan Selepas Bercerai

Selama 17 tahun mendirikan rumah tangga, hidup bersama sebagai suami isteri tetapi ditakdirkan berpisah, tentunya pelakon Rashidi Ishak sukar untuk menempuhi episod gelap saat bercerai dengan aktres Vanidah Imran.

Advertisement

Tempoh tiga bulan pertama perpisahan adalah tempoh paling sukar buat Shidi, beliau mengakui mengalami kemurungan.

Tiga bulan pertama sudah tentu masa paling sukar untuk saya lalui, saya berdepan dengan kemurungan. Saya cuba elakkan menghadiri majlis keramaian atau bertemu orang ramai. Namin, hari demi hari ia semakin baik dan saya mula menerima keadaan itu.

Shidi pada masa yang sama menafikan beliau merahsikan perceraian dengan Vanidah kerana terikat dengan mana-mana kontrak, tetapi kerana tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak.

Meskipun berat hati untuk berpisah tetapi ia adalah jalan terbaik buat mereka berdua disebabkan tiada lagi keserasian bersama dan bukan kerana orang ketiga.

Advertisement

Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang boleh saya katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian. Ia jalan terakhir untuk hubungan kami dan Alhamdulillah anak-anak juga sudah matang untuk menerima keputusan tersebut.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika. Pasangan ini bercerai pada 9 Ogos 2018.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. kak maghia

    March 25, 2019 at 4:35 pm

    aku rasa selagi x ada org ketiga…yg lain bole setel…x perlu sampai becerai berai

  2. Anonymous

    March 25, 2019 at 3:26 pm

    rujuk balik la, dah hidup hampir 20 tahun, kalau berpisah pun akan rasa “kehilangan dan kekosongan”

  3. zaza

    March 25, 2019 at 2:40 pm

    Kalau betul masing2 ikhlas dan memerlukan satu sama lain..cerai xkan terjadi.
    Semua perceraian ada sebab
    Bila dalam hati wujud perasaan ingin bercinta semula mcm zaman muda2..tp bukan dgn isteri atau suami sendiri

  4. ntahapa

    March 25, 2019 at 1:59 pm

    jodoh tu rahsia Allah..hubungan kita suami isteri pon ntah bagaimana lg 5 tahun / 10 tahun akan datang..semoga Allah pelihara hubungan kita suami isteri hingga akhir hayat…

  5. Bawang putih

    March 25, 2019 at 1:30 pm

    Sedihnya…..nampak harmoni je…..Ketidakserasian apakah itu Abang Rashidi? Tidak kasihan kah pada isteri yang telah berkorban & setia, serta berjaya membina mahligai yang indah bersama? Di usia begini…melainkan Vee yang meminta cerai.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama