(Video) “Rasa Macam Makan Tuna Je”, Lelaki Ini Makan Nasi Bersama Makanan Kucing

Trending

(Video) “Rasa Macam Makan Tuna Je”, Lelaki Ini Makan Nasi Bersama Makanan Kucing

Sekarang ini boleh dikatakan trend juga lah video makanan lagi-lagi video mukbang atau ASMR yang selalu jadi ikutan. Tapi kali ini lain dari yang lain, kerana lelaki ini memilih untuk membuat review tentang makanan kucing.

Seperti video makanan yang lain, lelaki ini turut mencuba sendiri makanan kucing itu! Bukan saja diratah begitu saja tapi siap makan dengan nasi goreng sekali. Yang mana dah rasa geli-geli tekak tu, sila bawa bertenang.

Advertisement

“Rasanya macam tuna je tapi baunya kurang menyelerakan.”

Di dalam video ini, lelaki ini mencuba makanan kucing berperisa tuna di dalam tin. Makanan yang biasanya diberikan kepada kucing-kucing menjadi pilihan lelaki ini untuk videonya kali ini. Selepas mencuba beberapa sudu, dia kemudian mencubanya bersama nasi goreng pula!

kucing
Walaupun bunyinya macam menjengkelkan tetapi sebenarnya ini adalah perkara biasa di dalam proses pembuatan makanan kucing. Perlu ada ujian rasa untuk pastikan makanan ini selamat dimakan untuk kucing.

“Kena cuba makan makanan kucing sama ada selamat atau tak untuk kucing tu makan. Sebab apa yang kita makan kucing pun makan.”

“Habislah makanan kucing viral pulak lepas ni.”

“Lepas ni haiwan semua nak makan apa kalau dah viral?”

Tapi ini semua hanya review sahaja, jangan ada pula yang berani-berani nak cuba. Sekurang-kurangnya sekarang ini kita semua tahu, rasa sebenar makanan kucing macam mana. Kalau ada juga yang masih nak cuba, terpulanglah.

Artikel berkaitan: Lelaki Sangka Sampah Yang Dibuang Dari Tingkat Dua, Rupanya Anak Kucing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...