(VIDEO) “Rasa Dimalukan Dan Didiskriminasi” – Wanita Kecewa Tak Boleh Main Golf Sebab Pakai Skirt Panjang

Kehidupan

(VIDEO) “Rasa Dimalukan Dan Didiskriminasi” – Wanita Kecewa Tak Boleh Main Golf Sebab Pakai Skirt Panjang

Baru-baru ini, seorang wanita pemain golf meluahkan rasa kecewa selepas tidak dibenarkan bermain di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Selangor hanya kerana memakai skirt panjang.

Menerusi video TikTok, pengguna @maryamishakgolf mendedahkan dia sepatutnya tee off jam 8.30 pagi namun dihalang oleh pihak kelab.

Advertisement

Pada pukul 8.30 tapi saya tak dibenarkan bermain kerana saya pakai long skirt. Which is sangat-sangat saya rasa saya dimalukan, didiskriminasikan.

Tambah Maryam, tiada peraturan dalam buku kelab yang melarang pemakaian skirt panjang. Malah dia sendiri sudah beberapa kali bermain dengan pakaian sama sebelum ini tanpa masalah.

Lebih menyedihkan, dua rakan yang dibawanya dari Seremban turut batalkan permainan kerana enggan meninggalkannya.

Saya boleh berlari dan berlompat dengan long skirt ini tanpa mengganggu sesiapa. Saya tak faham kenapa tak dibenarkan main di kelab sendiri.

Maryam turut meminta pandangan orang ramai dan menyifatkan insiden itu sebagai tidak adil serta seolah-olah mendiskriminasi dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

keadaan terkini Ainul Mardhiah
2025-07-14 17:12:57

“Anak Online Kami Dah Besar” – Ainul Mardhiah Kini Ceria & Sihat, Gembira Sertai Aktiviti Camping

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...