Pempengaruh dan usahawan, Nurul Nabilah Aliah Hazman meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir wanita – khususnya yang berstatus isteri – yang meninggalkan komen berunsur menggoda terhadap suaminya, Alieff Irfan, di media sosial.
Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Nabilah atau lebih dikenali sebagai Nabilah Aliah, berkata dia cukup terkilan apabila membaca komen-komen yang menjengkelkan ditinggalkan oleh golongan wanita terhadap suaminya.
Menurut Nabilah, sebagai isteri dia sendiri tahu batas dan tidak akan sesekali meninggalkan komen memuji lelaki lain secara berlebihan.
Sebelum saya kahwin, pengikut saya kebanyakan lelaki. Tapi lepas kahwin, banyak perempuan. Dan saya tidak mengharapkan lelaki untuk follow saya.
Apa yang saya perasan, lelaki susah nak ‘miang’ dalam komen. Kalau ada pun, saya akan padam. Tapi baru-baru ini, Alieff ada muat naik satu hantaran dan kebanyakan komen dari wanita berstatus isteri.
Itu pun ada yang saya dah padam, kalau tidak sumpah ‘miang’ sangat. Tiada maruah, itu saja.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menyokong luahan Nabilah dan mengakui sikap segelintir wanita masa kini agak membimbangkan apabila dengan beraninya meninggalkan komen tidak wajar terhadap lelaki milik orang.
Mereka turut menyeru agar maruah diri dijaga, tidak kira sama ada bergelar isteri mahupun masih bujang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.