Selalu kita dengar rakyat Malaysia puji luar negara, tapi kali ni lain macam sikit! Seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Terry Pernell, tular di TikTok selepas memuji kemudahan R&R di Malaysia ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur, baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan, Terry dengan penuh semangat berkata dirinya kagum melihat R&R yang disinggah kerana dilengkap dengan pelbagai kemudahan, pilihan makanan pelbagai kaum serta banyak lagi.
Saya tidak pernah melihat R&R yang lengkap seperti ini di Amerika. Tempat letak kereta pun ada. Sangat menakjubkan. Rakyat Malaysia mempunyai banyak sebab untuk gembira.
Dalam pada itu, pelancong tersebut turut berkata dia pernah mengunjungi R&R di negara lain tetapi tidak mempunyai servis yang baik seperti di Malaysia.
Terdapat banyak makanan dan minum. Sangat mewah. Saya sudah pergi banyak tempat tetapi R&R Malaysia yang paling terbaik.