(Video) : Rakyat Malaysia Juara Masterchef Australia, Menang Wang Tunai A$250,000 (RM850ribu).

Trending

(Video) : Rakyat Malaysia Juara Masterchef Australia, Menang Wang Tunai A$250,000 (RM850ribu).

Seorang wanita berasal dari Malaysia, Diana Chan telah dinobatkan sebagai juara program Masterchef Australia musim 9 yang berlangsung pada malam Isnin semalam.

Advertisement

Beliau yang menetap di Melbourne berjaya menewaskan pesaingnya Ben Ungermann sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 (RM850ribu) berserta trofi dan bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.

Ketika pertandingan sedang berlangsung, beliau dilihat selaku pencabar utama kerana hampir setiap episod dia masakannya mencuri hati juri selain berjaya mengawal situasi dengan baik ketika mengharungi cabaran.

Dalam pertandingan akhir itu, Diana menyediakan masakan hasil resepi ibunya sekaligus menjulang namanya sebagai juara Masterchef Australia 9.

Diana yang berasal daripada Johor Bahru telah berpindah ke Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan berpindah pula ke Australia sejak 10 tahun lalu.

Selain Diana, seorang lagi rakyat Malaysia pernah memenangi pertandingan sama adalah Adam Liaw ketika musim kedua program itu.

Sumber :  mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...