(VIDEO) Rakaman Terakhir Wartawan Palestin Sebelum Mati Dibunuh Tentera Zionis Undang Sebak Netizen

Berita

(VIDEO) Rakaman Terakhir Wartawan Palestin Sebelum Mati Dibunuh Tentera Zionis Undang Sebak Netizen

Dunia menjadi gempar apabila tularnya sebuah video yang menyaksikan kematian seorang jurukamera warga Palestin bersama-sama dengan seorang petugas kesihatan akibat dibunuh tentera Zionis di kejiranan Gaza di Shijaiyah pada Julai 2014 yang lalu.

Meskipun sudah lama kejadian itu berlaku, video yang dimuat naik agensi media Al Jazeera itu ternyata telah meruntun hati warga maya dan menuai pelbagai reaksi dan kritikan.

Advertisement

Menurut laporan Committee To Protect Journalist (CPJ), semasa hari terakhir Hamad itu, dia sedang bekerja untuk sebuah dokumentari yang bakal diterbitkan oleh Continue Production Films (CPF).

Hamad yang ditugaskan untuk merakam cabaran yang dilalui oleh pasukan ambulans di Shijaiyah itu tiba-tiba sahaja dihentam dengan bedilan peluru berpandu dan suasana sekitar bertukar menjadi kabus dan kabur dari pandangan mata.

Journalist Killed by zionistSumber : Al Jazeera  

Ketika rakaman, salah satu kenderaan yang dibawa pasukan medik Palestin terkena peluru yang ditembak oleh tentera Zionis lalu Hamad, seorang doktor bernama Fouad Jaber terbunuh dalam serangan tersebut.

Foto-foto di media sosial yang menunjukkan Hamad terbaring kaku di hospital kemudiannya menjadi tular disebabkan oleh rakaman terakhir yang berjaya dirakam olehnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sejak konflik yang berlaku di antara Palestin dan Zionis itu, sudah ramai wartawan yang menemui ajal semasa bekerja di zon perang namun alasan yang dikeluarkan askar Zionis tetap sama iaitu;

Kami tidak menyasarkan wartawan, tetapi wartawan meletakkan diri mereka dalam kawasan berisiko.

Pembunuhan wartawan dan petugas media telah diklasifikasikan sebagai jenayah antarabangsa, dan sehubungan itu, Majlis Hak Asasi Manusia (PBB) telah menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bagi menjawab persoalan sama ada jenaya perang berlaku di Gaza oleh kedua-dua pihak.

Azam Baki kes tutup
2 years ago

"Alhamdullilah,Syukur.." - Tiada Kesalahan Menurut SC, Fail Kes Rasuah Azam Baki Ditutup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...