(Video) Rakaman Ngeri Paparan Detik Empangan Pecah Di AS

Trending

(Video) Rakaman Ngeri Paparan Detik Empangan Pecah Di AS

Sebahagian negara Amerika Syarikat (AS) kini terjejas teruk akibat dari kejadian dua empangan pecah yang berlaku di Michigan baru-baru ini. Sebanyak 10,000 orang penduduk yang kehilangan tempat tinggal mereka kini telah pun berjaya dipindahkan.

Kedua empangan Edenville dan Sanford, pecah berikutan masalah hujan lebat yang berpanjangan di sana.

Empangan pecah

Advertisement

Kejadian ini jelas memberi tekanan kepada rakyat AS, kerana kesukaran mengamalkan penjarakan sosial di tempat perlindungan berikutan masalah penularan pandemik COVID-19 yang masih teruk di sana.

Gabenor Michigan Gretchen Whitmer walau bagaimanapun percaya bahawa menjaga jarak bukanlah masalah terbesar ketika ini, memandangkan banjir yang berlaku lebih mengancam nyawa.

Penduduk yang tinggal di tempat perlindungan diingatkan untuk terus memakai topeng muka dan tinggal bersama anggota keluarga.

Difahamkan empangan Edenville mula runtuh disebabkan tekanan yang dibawa air banjir dari Tasik Wixom.

Dalam sebuah rakaman video udara yang mengerikan di empangan Edenville, dapat dilihat air meletus akibat tekanan di empangan itu dan membanjiri kawasan sekitarnya, menuju ke kawasan perumahan.

Dua batang sungai yang terdapat di Michigan, iaitu Sungai Tittabawassee di Midland dan Sungai Rifle yang berhampiran Sterling kini berada dalam fasa banjir besar.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian yang dilaporkan setakat ini.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...