Terdahulu, pelakon terkenal iaitu Maya Karin Roelcke mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Menerusi video tular di laman TikTok, Maya dilihat menggigil dan hampir pitam sehingga bertindak menanggalkan kasut tinggi di atas pentas bagi mengurangkan rasa gementar.
Bukan itu sahaja, pelakon Faizal Hussein yang menjadi pasangan penyampai turut cuba membantu untuk menenangkan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu dan membawa kasut tingginya turun pentas.
Susulan itu, tular pula mengenai hantaran TikTok yang dimuat naik oleh penyanyi rap, Waris yang menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil bin Alias merakamkan dirinya dengan keadaan kaki terketar ketika berada di sebuah majlis.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis oleh penyanyi berasal dari Rembau itu telah mengundang persoalan dan spekulasi orang ramai.
Anxiety tidak dibenarkan di sini.
@warisn9 Anxiety tidak dibenarkan di sini ?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Waris seolah-olah memerli situasi yang dihadapi oleh Maya.
Namun, ada juga segelintir pihak yang menjelaskan mungkin penyanyi lagu Gadis Jolobu itu turut mengalami ‘anxiety’ dan cuba untuk mengawal rasa gementar itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.