Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang individu meluahkan rasa kurang senang apabila didakwa tidak dilayan dengan elok oleh pelakon baru, Amir Ahnaf.
Tetapi video yang tular baru-baru ini memaparkan pelakon baru digemari ramai, Merqeen rajin melayan peminat telah menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Meerqeen dan peminatnya bersama-sama melakukan tarian trend TikTok.
Peminat yang menari bersama Meerqeen turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon tersebut kerana tidak menolak permintaan mereka untuk melakukan trend TikTok bersama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan serta ketinggian pelakon tersebut.