Menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam, pelakon Raja Ilya memaklumkan beliau bakal berkahwin dengan cinta hatinya seorang jejaka Australia.
Ilya meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman cinta hatinya itu di Perth, Australia berjalan dengan lancar. Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Tahniah kami ucapkan kepada Raja Ilya dan pasangan. Semoga terus berbahagia sehingga ke akhir hayat.