Pagi tadi, tular sebuah video di TikTok dimuat naik oleh Anuar Ngah yang memaparkan detik tegang di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, apabila selebriti dan aktivis, Rafidah Ibrahim, bersama suaminya dilihat ditahan polis.
Dalam rakaman berdurasi pendek itu, suami Rafidah dibawa masuk ke dalam kereta polis, malah terdengar jelas jeritan daripada suaminya ketika proses penahanan berlangsung momen yang membuatkan video tersebut mendapat perhatian luar biasa.
Tidak sampai beberapa jam dimuat naik, video itu mencatat lebih 1.5 juta tontonan, dengan ruangan komen dihujani reaksi netizen yang terkejut, bersimpati dan juga ingin tahu punca kejadian.
Rafidah merupakan antara empat individu yang ditahan pagi ini selepas didakwa mencetuskan kekacauan ketika Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, penahanan dibuat sekitar jam 8.50 pagi selepas polis menerima maklumat mengenai satu perhimpunan yang dipercayai boleh menimbulkan rusuhan serta mengganggu ketenteraman.
@anuarngah1979
“Empat individu terbabit terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 39 hingga 47 tahun. Semasa ditahan, suami salah seorang daripada mereka menjerit-jerit, mengganggu kawalan keselamatan,” katanya.
Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sebagai langkah pencegahan, kerana mereka disyaki terlibat dalam menganjurkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Rafidah juga didakwa menyeru orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke majlis tersebut melalui TikTok sehari sebelumnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

