Seperti diketahui ramai, sebelum ini pelakon Puteri Sarah telah bercuti ke negara Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya dan di laman Instagram, pelakon tersebut ada juga berkongsikan momen-momen mereka di sana.
Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok memaparkan Puteri Sarah terhibur dengan kata-kata seorang netizen apabila mendakwa Syamsul Yusof memberinya wang belanja sebanyak RM1 juta untuk bercuti ke Tokyo.
Dapat dilihat Sarah gelak besar dengan pertanyaan netizen terbabit kerana barangkali perkara tersebut lama lagi hendak jadi ataupun tidak akan pernah terjadi.
Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen dapat merasakan gelak besar pelakon tersebut seakan-akan memendam perasaanya yang sebenar.
Sekadar info, Puteri Sarah serta anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah pergi bercuti ke Tokyo, Japan selepas masalah rumah tangga bersama suami, Syamsul Yusof dalam tempoh diselesaikan oleh mahkamah.