Baru-baru ini, viral dengan video seorang wakil produk yang tidak beradab memaparkan keadaan Puteri Balqis yang terbaring dalam keadaan tidak bermaya ketika menziarahi pelakon kanak-kanak itu dirumahnya. Tidak menghormati Balqis yang sedang sakit sambil bercakap dalam nada yang kuat, video tersebut menimbulkan kemarahan netizen dan mengudang pelbagai spekulasi.
Terbaru, Balqis sendiri telah tampil menafikan dirinya terlantar dan nazak sebaliknya kesan ubat yang membuatkan beliau sedikit lemah. Sejujurnya, beliau sudah rimas apabila ada sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri dan cuba mengambil kesempatan disebalik kesakitannya itu.
Saya tak terlantar. Saya boleh berjalan cuma cepat penat. Kadang-kadang apabila orang datang melawat saya tidur sebab baru makan ubat. Bukannya nazak. Sebaik-baiknya jangan dengar cakap orang tetapi tanya saya sendiri. Selama ini saya cuma jadi pemerhati dan boneka untuk manusia yang pentingkan diri sendiri.
Balqis juga tidak mahu lagi bercakap mengenai sakit kanser yang dihidapinya dan memohon orang ramai supaya dapat mendoakan kesihatan beliau.