Tular seorang lelaki belasah bekas teman wanitanya di kawasan parkir kereta ketika dikatakan ajak berjumpa untuk berbincang kerana tidak mahu menghapuskan bukti dirinya curang.
Video itu menarik perhatian ramai dan ia dirakam oleh kawan perempuan berkenaan sebagai bukti kekerasan lelaki yang terlihat baran lagi-lagi apabila perempuan itu melawan dengan menarik rambut bekas kekasihnya itu.
Lelaki kan, manis je mulut bila kantoi curang.
Wey puas hati tengok perempuan ni pukul balik lepas kena pukul. Rasakan! pic.twitter.com/XPZDQBa5gx
— Bbie. (@twtbiy) October 1, 2023
Video yang asalnya dimuat naik di TikTok itu telah telah dipadam namun tular di Twitter dan turut mendapat komen ramai warganet yang turut marah.
Kak ‘flying kick’ sekali jantan tak guna macam ni.
Walau demikian, banyak juga yang menggangap perkara ini lakonan semata-mata untuk ‘marketing’ dan tidak termakan dengan video tersebut.