(Video) Proses Panggangan Kopi Arabica Dan Faktor Yang Membuatkannya Mahal

Kehidupan

(Video) Proses Panggangan Kopi Arabica Dan Faktor Yang Membuatkannya Mahal

Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular di dunia. Kebanyakkan daripada kita gemar mengambil kopi di waktu pagi bagi membangkitkan semangat dan memberikan kesegaran. Ramai yang menyatakan hari mereka tidak akan sempurna tanpa memulakannya dengan secawan kopi.

Seorang individu bernama Najmuddin Nan, yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam bidang kopi, berkongsi info di grup Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?, tentang teknik memanggang kopi dan apakah yang membuatkan sesuatu kopi itu tinggi nilainya.

Advertisement

“Pernah terfikir kenapa kopi ini mahal?”

1. Mengikut jenis kopi tersebut.

Kopi terbahagi kepada beberapa jenis antaranya Arabica, Robusta dan Liberica. Liberica dan Robusta di tanam di tanah rendah manakala Arabica pula ditanam di kawan tanah tinggi. Jadi proses untuk kopi Arabica ini matang mengambil masa yang lebih lama berbanding Robusta dan Liberica. Ini menjadikan kopi Arabica lebih mahal berbanding yang lain.

2. Cara pemprosesan.

Selepas ceri kopi dipetik, post-processing akan menentukan rasa sebenar kopi apabila dihirup nanti. Terdapat tiga jenis proses yang utama iaitu natural, washed dan honey.

Proses natural ialah selepas kopi dipetik ia akan terus dijemur diatas drying bed ataupun di atas lantai. Tempoh jemuran bergantung kepada peratusan air atau kelembapan pada biji kopi yang diinginkan. Selepas dijemur baru dikopek kulit kemudian dipek. Natural proses biasanya akan menghasilkan rasa yang lebih acidic dan juga manis, bergantung kepada negara asal biji kopi tersebut.

Proses washed pula dimana biji kopi akan direndam dahulu sebelum dikopek kulit dan dijemur. Proses ini akan menghasilkan rasa yang lebih lembut, dan kurang acidic atau masam.

Bagi proses honey bukan bermakna kopi dicampur dengan madu, tetapi ni ialah kelanjutan daripada proses natural tadi. Ada sesetengah biji kopi yang dijemur untuk sesuatu masa, lapisan selaput gula akan mula memberikan reaksi sekaligus menukar warna biji kopi tersebut, ada yang jadi warna kuning, merah atau hitam. Ini yang memberi maksud kepada proses honey.

3. Proses pemanggangan.

Terdapat teknik yang berbeza-beza juga untuk memanggang kopi. Sebagai contoh, untuk kopi 434 atau kopi kampung yang kita biasa minum tu, cara panggang adalah dengan majerin atau butter ditambah dengan gula. Dan tahap panggangannya pula biasanya dark roast atau full city (hangus). Rasa yang tinggal cumalah rasa pahit yang teramat sangat tanpa ada rasa yang unik. Sebab tu masyarakat kita terutamanya ‘orang lama’, akan mengaitkan rasa kopi sebagai pahit. Sebab lidah teah terbiasa minum kopi kampung yang sememangnya pahit jika tidak dicampur dengan gula.

Proses memanggang yang boleh dilihat di dalam video ni adalah tanpa campuran apa-apa bahan. Kawalan dari segi air flow, suhu api, suhu dalam mesin, suhu persekitaran dan juga masa yang diambil. Peratus kelembapan pada biji kopi juga diambil kira bagi menentukan gaya panggangan yang sesuai.

Sebagai info, sekiranya kita memanggang 1kg biji kopi, setelah  masak ia akan hilang kelembapan dan beratnya akan menurun sehingga 800g atau lebih.

Diharap perkongsian ini menjawab sedikit sebanyak persoalan apakah yang membuatkan sesetengah kopi itu mahal. Di Malaysia juga tidak ramai yang menanam kopi Arabica jadi kos untuk membawa masuknya turut menyumbang kepada kenaikkan harga kopi tersebut.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...