Hantaran dikongsikan pempengaruh dan usahawan Syafiqah Aina baru-baru ini mencuri perhatian ramai terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang kreatif.
Menerusi hantaran tersebut, Aina berkongsi video untuk memperkenalkan produk terbaru dikeluarkan AINAA iaitu Cleansing Balm.
Namun, apa yang menjadi bualan adalah kerana orang ramai tidak memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Aina apabila dia menampilkan tiga wanita sebagai watak utama di dalam video berkenaan.
Video tersebut pada mulanya disangka memberi mesej ‘women empowerment’ dan ketiga-tiga mereka memegang peralatan kamera untuk membuat ‘shooting’ produk berkenaan.
View this post on Instagram
Apa yang cuba disampaikan ni?
Bagaimanapun, video berkenaan menjadi bualan ramai di Threads disebabkan beberapa isu yang ‘tidak kena’ dan elemen yang cuba dibawakan.
Antara isu yang paling banyak ditegur adalah peralatan kamera di mana mereka menggunakan mikrofon sedangkan penggambaran itu hanya melibatkan produk.
Selain itu, ramai individu yang bekerja di dalam bidang kreatif turut menyebut tentang hasil video berkenaan yang sebenarnya merupakan effect 3D, jadi mengapa pula perlu ‘shoot’ dengan kamera.
Kalau nak tunjuk “kreativiti wanita”, kenapa tak hire betul betul videographer perempuan and tunjuk BTS of hasil perempuan shoot. Sebagai audience saya memang tak faham. Shoot pakai kamera tapi hasil 3D.
Ada juga yang berkata video tersebut memalukan designer wanita kerana banyak hal yang tidak kena terutamanya proses melakukan kerja-kerja tersebut.
Jangan hina kebijaksanaan wanita. Perempuan boleh shoot, boleh mengarah dan hasilkan content berkualiti.
Meskipun begitu, segelintir netizen membuat andaian bahawa mungkin juga semua ini disengajakan agar video dan produk terbaru AINAA itu menjadi bualan netizen.