(VIDEO) Polis Terpaksa Berpaut Pada Sebuah Kereta Selepas Dilanggar Dalam Satu Pemeriksaan

Trending

(VIDEO) Polis Terpaksa Berpaut Pada Sebuah Kereta Selepas Dilanggar Dalam Satu Pemeriksaan

Tindakan bahaya daripada seorang pemandu kereta Perodua Alza yang menghalang serta melanggar seorang anggota polis mengundang padah apabila dia ditahan bersama penumpang kereta itu dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi.

Menurut Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, pihak polis  sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan sebuah kereta yang mencurigakan diparkir dalam keadaan enjin dihidupkan di McDonald’s Bandar Baru Bangi kira-kira jam 10.30 malam, semalam.

Advertisement

Anggota yang terlibat ingin membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam dan mengetuk cermin dan didapati terdapat seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kereta berkenaan.

Tidak mahu memberikan kerjasama, pemandu itu bertindak terus memandu dan melanggar sebuah motosikal serta melanggar anggota yang berada di hadapan kereta berkenaan.

Walaupun pihak polis telah cuba sedaya upaya untuk menghentikan tindakan pemandu berkenaan, namun dia nekad untuk memandu terus ke hadapan.

Polis berkenaan terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak sejauh 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri. Anggota mengalami kecederaan ringan dan motosikalnya mengalami kerosakan.

Walaupun berjaya melepaskan diri, pihak polis sempat mengesan nombor pendaftaran kereta tersebut dan tangkapan berjaya dilakukan ke atas lelaki dan wanita yang terlibat dan masing-masing berusia 19 dan 20 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186/307/332 Kanun Keseksaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...