Mengikut hukum Islam, memang masih sah akad nikah yang dibuat tanpa persetujuan isteri sedia ada si pengantin lelaki.
Walaubagaimanapun, pasti ada sebab-sebab tertentu kenapa keizinan isteri terdahulu tetap jadi salah satu syarat jika ingin berpoligami di negara kita.
Ianya tak lain tak bukan bagi membela hak wanita agar tak mudah dianiaya bila si suami mahu tambah ‘cawangan’ baru kelak.
Berasakan dirinya ditipu ‘hidup-hidup’, seorang wanita kini mencetus sensasi Internet sehingga menjadi viral apabila dirakam menyerang suami ketika tengah bersanding dengan madunya.
Berdasarkan suara dalam rakaman video yang kian viral ini, wanita terbabit mendakwa dia tidak bermaksud mahu memalukan pengantin lelaki tetapi rasa tidak puas hati suaminya kahwin senyap-senyap sementara dia ditinggalkan selepas tiga bulan dinikahi.
Keluarga pengantin perempuan pula, didakwanya pura-pura tak ambil tahu namun tahu-tahu berlangsung juga majlis perkahwinan pada hari itu.
Apa-apa pun jadikanlah apa yang berlaku ini satu pengajaran.
Dari satu segi tak patutlah cari keadilan sampai aibkan orang di majlis kahwin, namun bila masalah diselesai dengan cara melarikan diri, maka ianya boleh jadi kian kusut dan mencetus insiden mengaibkan seperti ini.
Bagi admin, eloklah dibincangkan dengan baik. Dan bukan saling mengaibkan.
sumber : mynewshub