Baru-baru ini, tular di laman Facebook mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon dan juga selebriti media sosial, Zarina Anjoulie telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilihat memarahi anak lelakinya, Martin kerana menonton kartun berbahasa Melayu.
Sebaliknya, dia meminta anaknya untuk menonton kartun berbahasa English dan memberi amaran akan merampas telefon bimbit jika anaknya tidak mendengar arahan tersebut.
Martin please watch English punya, jangan tengok Melayu punya. If not I take the phone away. Don’t watch Malay cartoons!
Why can’t you just listen to mama. Mama ni dahlah janda, susah, gemuk, tolonglah. The least you could do is tolonglah janganlah torture mama.
Malah, Zarina lebih mesra dipanggil sebagai Anju memohon anaknya supaya mendengar arahannya dan tidak menyiksa dirinya.
Boleh tak? If I tell you don’t do something, dengarlah cakap mama. Tolonglah Martin, can you help mama?
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Anju menghalang anaknya mempelajari bahasa tanah air.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.