Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula rasa tidak tenang untuk menaiki bas berikutan ragedi melibatkan kemalangan bas pelajar UPSI yang meragut 15 nyawa nyata memberi kesan mendalam kepada masyarakat.
Terbaharu, tular di TikTok satu rakaman video memaparkan seorang penumpang menegur pemandu bas yang didakwa memandu secara berbahaya.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @lahabdul88, kedengaran suara lantang seorang penumpang yang juga dipercayai abang ipar kepada pemilik akaun tersebut menegur pemandu agar lebih berhati-hati ketika membawa bas.
Hang tak fikir nyawa orang lain? Hang bdoh ke? Aku sabar daripada tadi, jangan sampai aku buat gila. Hang nak mamps, mamp*s sorang-sorang, aku fikir nyawa orang lain.
Menurut kapsyen dalam video, penumpang itu sebenarnya sudah memberi teguran awal secara baik, namun malangnya dibalas dengan sindiran dan disuruh memandu sendiri.
Difahamkan, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Mersing, Johor. Selepas teguran itu dibuat, pemandu berkenaan akhirnya memperlahankan kenderaannya.
Bas tersebut dilaporkan selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang insiden.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.