Seorang sifu Tai Chi rebah selepas ditewaskan seorang peserta MMA dalam pertandingan yang cuma bertahan selama 10 saat seterusnya mencetuskan debat antara teknik perlawanan tradisional dan moden.
Peserta MMA itu, Xu Xiadong, mengalahkan sifu Tai Chi, Wei Lei, dalam pertandingan yang berlangsung di hadapan orang ramai di Chengdu, wilayah Sichuan pada Khamis.
Menerusi video yang dimuat naik di internet, Xu dilihat dengan mudah mengalahkan Wei dengan menggunakan penumbuk sedangkan Wei dilihat cuba bertahan dari tumbukan peserta MMA yang digelar ‘Mad Men’ itu.
Wei berkata perlawanan diadakan kerana berlaku pertelingkahan di internet dengan Xu tentang merit seni mempertahankan diri tradisional China.
Wei memberitahu Leagl Evening News bahawa Xu telah keterlaluan apabila merendahkan Tai Chi.
“Memandangkan (Xu) menghina Tai Chi, termasuk nenek moyang kami, saya rasa tiada sebarang kerjasama antara kami,” kata Wei.
Selepas rebah di tangan Xu, Wei mengaku kalah dengan berkata: “Saya kalah. Semua yang hadir tengok. Saya kalah, tapi itu bukan masalah…Saya terima keputusan ini.
Sementara itu, kemenangan Xu keatas Wei itu mengundang rasa tercabar sifu kung fu yang lain.
Xu turut mencabar sifu-sifu kung fu lain dengan berkata dia boleh mengalahkan mereka sekaligus berdua atau bertiga.
Antara yang tercabar dengan cabaran Xu itu termasuk Lu Xing dan Wang Zhanhai; pakar dalam Shaolin Meihua Zhuang (jenis Boxing); dan juga Yi Long ; seorang sami yang memang terkenal dalam seni mempertahankan diri
Dijangka, akan banyak lagi pertarungan antara Xu dan sifu-sifu kung fu yang lain pada masa akan datang.
Tonton video perlawanan itu dibawah: (Perlawanan bermula pada minit 1:37)
Sumber : NST