Pelakon Pekin Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dirinya bersama isteri, Mona Allen, meraikan sambutan Hari Natal seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, kehadiran mereka hanyalah untuk memenuhi jemputan majlis sambutan hari lahir anak kepada rakan rapat serta ahli keluarga terdekat.
Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam.
Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam.
Kita juga hanya main permainan ‘musical chair’ dan bukannya bertukar hadiah.
Mengulas mengenai pakaian yang dipakai, Pekin menjelaskan mereka mengenakan baju tidur memandangkan majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga dan bersifat tertutup.
Sebab itu kami tidak ‘post’ atau buat ‘live’ majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat ‘live’ di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja.
Dalam pada itu, pelakon filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ini turut meluahkan rasa kesal apabila gambar isterinya tidak berhijab tersebar sehingga mencetuskan salah faham.
Tular Video Mona Allen Sambut Krismas & Bertukar Hadiah, Netizen Kecam – “Terus Tak Minat, Hipokrit”
Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?
Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat ‘live’ ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung.
Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
