Video Pergaduhan Samantha Semasa Mewakili Malaysia Di Miss Universe 2017 Tular Dikongsikan

Trending

Video Pergaduhan Samantha Semasa Mewakili Malaysia Di Miss Universe 2017 Tular Dikongsikan

Bekas pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James kini hangat diperkatakan susulan kenyataannya mengenai isu Black Lives Matter baru-baru ini. Samantha berkongsikan pandangannya di Instagram yang meminta masyarakat berkulit hitam untuk bertenang berikutan isu yang timbul kini.

Baca: “To The Black People, Relax”, Bekas Miss Universe Malaysia Cetuskan Kemarahan Dengan Isu Perkauman

Advertisement

Kini beberapa individu tampil mendedahkan perangai sebenar pemenang Miss Universe Malaysia ini sewaktu mewakili Malaysia di Afrika Selatan pada tahun 2017. Di dalam video yang kini viral dikongsikan itu, Samantha dilihat bergaduh dengan beberapa individu dipercayai rakyat negara itu.

Selain daripada berperang mulut, Samantha turut menggunakan kekerasan apabila dilihat membaling gelas kaca kepada kumpulan itu yang akhirnya terkena kepada seorang lelaki di situ. Pergaduhan yang berlaku itu dipercayai kerana mereka tidak mempunyai pendapat yang sama dengan Samantha.

“Kamu (Afrika Selatan) tidak akan pernah berada di atas. Malaysia lebih bagus dari anda. Kami jauh lebih bagus dan maju.”

Pergaduhan itu juga menjadi semakin buruk sehingga melibatkan pergaduhan secara fizikal apabila beberapa wanita menyerangnya. Samantha juga berterusan memberikan kata-kata kurang enak kepada mereka dan kemudian melemparkan gelas kaca.

Rata-rata netizen turut berasa malu melihat wakil negara melakukan perkara sebegini di negara luar ketika membawa nama negara dalam pertandingan itu. Kebanyakannya bersetuju sekiranya gelaran itu selayaknya dilucutkan semula daripadanya selepas menjejaskan imej negara.



Black Lives Matter adalah satu kempen yang digerakkan bagi memberi kesedaran tentang isu perkauman melibatkan masyarakat berkulit hitam. Ini semua susulan kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd yang mati semasa ditahan oleh pihak polis.

Artikel berkaitan: (Video) Wartawan CNN Ditahan Dalam Siaran Langsung Ketika Buat Laporan Protes George Floyd

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...