(VIDEO) Perdana Menteri Cadangkan Untuk Dengar Lagu ‘Jange Kelik La Weii’ Bagi Menceriakan Suasana Raya

COVID-19

(VIDEO) Perdana Menteri Cadangkan Untuk Dengar Lagu ‘Jange Kelik La Weii’ Bagi Menceriakan Suasana Raya

Setiap kali berucap dalam perutusannya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti akan menjadi fokus orang ramai kerana ternati-nanti gaya ucapannya yang bersahaja dan dikatakan dekat dengan rakyat.

Hari ini, Perdana Menteri sekali lagi mencuit hari rakyat ketika menyampaikan perutusan khasnya, berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi berhari raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini.

Advertisement

Baca :(TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilanjutkan Satu Bulan Lagi

“Stesen televisyen dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau. Sekali sekala, kalau dimainkan selalu, saya pun sayu juga.”

Dia mencadangkan stesen televisyen dan radio untuk memainkan lagu raya yang menceriakan suasana sempena sambutan hari raya tahun ini kerana memahami ramai yang bersedih tidak dapat pulang ke kampung halaman.

“Saya tengok dalam YouTube ada lagu Jange Kelik La Weii. Lagu ni pun OK lah.”

Lagu Jange Kelik La Weii merupakan ciptaan komposer Eddie Hamid yang dinyanyikan bersama Man Khan dan Aris Kapilla.

Muhyiddin turut mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Dia bagaimanpun menambah ziarah-menziarahi di kalangan jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama adalah dibenarkan dengan jumlah maksimum 20 orang di satu tempat dalam satu-satu masa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...