Tular di laman sosial ekoran video sekumpulan anak muda di bawah umur 20 tahun yang berlagak samseng ketika melancong ke Jepun.
Menerusi posting Kamarul Ilmar Ramli di laman facebook, difahamkan sekumpulan anak muda ini tertinggal kapal terbang dan diberi tempat tinggal secara percuma di rumah penginapan.
Video yang turut ‘panas’ dikalangan ‘traveller’ ketika ini, kelihatan pelajar Malaysia yang berbaju biru walaupun menjadi mangsa sebegitu rupa, dia masih sudi tolong bayar harga membaiki kerosakan dinding yang dipecahkan. Dianggarkan kos tersebut sebanyak 100,000 yen (RM3,9++).
Apa yang paling mengejutkan di kalangan netizen, salah seorang dari tiga samseng ni bertindak meninggalkan rumah penginapan dengan membiarkan najis di dalam bilik mandi.
“Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini katalah! saya dah tak sabar dah ni! penat dulu orang2 lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.” kata Kamarul Ilham Ramli lagi.
Sangat mendukacitakan apabila mengetahui individu samseng yang berbadan besar itu sebelum ini pernah dinobatkan sebagai photographer muda yang berjaya di dalam dada akhbar Malaysia.