(Video) Penyanyi Berusia 12 Tahun Tewaskan Namewee, Berada Di Dalam 10 Saluran YouTuber Paling Ramai Dilanggan di Malaysia

Trending

(Video) Penyanyi Berusia 12 Tahun Tewaskan Namewee, Berada Di Dalam 10 Saluran YouTuber Paling Ramai Dilanggan di Malaysia

Aryanna Alyssa Dezek yang merupakan sensasi cilik Youtube, telah berjaya memasuki carta Top 10 Saluran YouTuber Paling Ramai Dilanggani di Malaysia, dengan memiliki 2.5 juta langganan.

Menginspirasikan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Alyssa berusia 12 tahun berharap agar saluran YouTubenya dapat melonjakkan namanya ke tahap yang sama seperti penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Advertisement

“Saya sangat mengidolakan Siti Nurhaliza dan berharap dapat menjadi sepertinya kerana dia merupakan penyanyi nombor satu negara yang sentiasa merendah diri.”

Dia turut menggemari penyanyi Taylor Swift kerana penulisan liriknya yang bagus dan berharap dia dapat menulis lagunya sendiri satu hari nanti.

Alyssa berjaya mengatasi selebriti kontroversi Namewee, untuk menjadi saluran kesembilan yang paling banyak dilanggan di negara ini, satu tangga di hadapan pelatih kecergasan dan penjual durian Jordan Yeoh.

sumber : NoxInfluencer.com

Alyssa bersama ukulele atau gitar kesayangannya sering mendendangkan lagu-lagu popular dari Malaysia dan Indonesia di saluran YouTubenya yang dikenali sebagai Alyssa Dezek.

Merupakan pelakon cilik berbakat

Alyssa juga berkecimpung dalam bidang lakonan melalui drama dan telefilem seperti Kasut Bola Pink, Anak Anak Ibu dan Jangan Sembelih Merah. Dia juga merupakan co-host dalam rancangan kanak-kanak Chikiboom.

Di bawah pihak pengurusan Xeno, Alyssa telah mengeluarkan dua lagu single yang berjudul Ma dan Pa, diikuti oleh Lagu Untuk Kamu pada November tahun lalu yang kini telah mendapat lebih 30 juta tontonan.

Nyanyian cover lagu Tak Tun Tuang, dari penyanyi Indonesia Upiak Isil adalah videonya yang paling banyak mendapat tontonan, iaitu lebih daripada 34 juta.

Semuanya tidak dirancang

Walaupun kini dia memiliki jumlah pengikut yang ramai di YouTube, Alyssa mengatakan bahawa semua itu tidak pernah diimpikan ketika salurannya dibuat lapan tahun yang lalu.

“Kami tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu. Pada mulanya, ada yang mencadangkan video nyanyian saya dimuat naik di YouTube, jadi ibu memutuskan untuk memulakan saluran YouTube untuk saya. Tidak pernah dijangka akan sampai sejauh ini.”

Alyssa mula bermain muzik ketika dia berusia empat tahun, dan minatnya semakin mendalam ketika dia dapat menyentuh ukulele untuk pertama kalinya.

Dia kemudian belajar bermain ukulele melalui video-video tutorial di YouTube. Oleh kerana minatnya yang bersungguh-sungguh ibunya telah menghantar Alyssa ke kelas profesional.

Bakat diwarisi daripada ibunya

Alyssa mengatakan bahawa ibunya Suzanne Dezek telah memainkan peranan besar dalam karier nyanyiannya.

“Ibu saya dulu penyanyi sepenuh masa. Jadi dia yang melatih saya dan mendorong saya untuk menyanyi sepanjang masa.”

Selain menyanyi dan bermain ukelele, dia juga kini belajar bermain gitar dan biola.

Alyssa mengatakan bahawa fokusnya kini adalah untuk mengembangkan lagi saluran YouTubenya ke tahap yang lebih tinggi. Dia ingin mendapatkan 10 juta jumlah langganan untuk memiliki Diamond Play Button dari YouTube.

“Belum ada seorang pun di Malaysia yang telah mendapatnya. Jadi, saya berharap akan menjadi orang pertama.”

Alyssa yang menetap di Kuala Lumpur menyatakan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan juga memainkan peranan dalam perkembangan saluran YouTubenya kerana orang ramai yang ketika ini duduk di rumah mempunyai masa terluang dan inginkan hiburan.

sumber : MalayMail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...